AKPK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kali ni entri saya bedasarkan pengalaman saya sendiri join AKPK setelah di kejar telecollector yang biadap dan berhantu (tension gila -_- ) 

Alhamdulillah, setelah saya join AKPK banyak perubahan yang ada. Tak di nafikan dulu memang saya ada membuat pinjaman bank dan credit. Tapi biasalah kan, bila dah terlampau banyak komitmen yang lain, (yang kita sendiri tak jangka) kita tak mampu untuk bayar pinjaman yang ada. Tak semua orang hidup dalam kesenangan. Ada ketika kita di atas, ada ketika kita di bawah. Jadi mana mulut yang macam longkang duk kata "Dah berhutang, bayar laa". Iyee memang kita berhutang, tapi bukan tak nak bayar semula, cumanya keadaan dan nasib kita yang berubah. Kalau dah tetiba hidup kita susah, nak salah kan tuhan ke ? (Eh, emosi pulak hahaha)

Dulu boleh di katakan setiap hari, setiap saat, minit, jam bahagian collector call minta hutang. Bila kita angkat call dan bagi tahu perkara yang sebenarnya, dorang pulak yang tak boleh nak terima, lepas tu siap kurang ajar dan bagi kita ceramah pulak (eh eh)  Padahal kita minta tempoh untuk jelaskan bayaran tersebut. Tapi duk push push kita siap ugut dan gertak nak datang rumah/office untuk bersemuka dengan kita tentang bayaran. Walhal kita dah cerita masalah kita (bab ni rasa sakit hati sangat sebab boleh dorang cakap "tu masalah puan, bukan masalah saya". WHAT ?).

Atas pengalaman saya sendiri, bila kita berlembut mereka akan ugut dan cakap kasar dengan kita. Nak pulak kita ni perempuan, lagi laa dorang punya eksyen bukan main. Padahal push kita untuk buat bayaran tu semua sebab dorang kejar komisen. Rasanya tak perlu nak kurang ajar dan biadap bila bercakap dengan orang kannn. (hurgghhh) 

Dua kali saya terima surat lawatan ke rumah. Tapi waktu tu saya tiada di rumah dan bernasib baik tak jumpa dengan pihak mereka ni. Kalau tak mahu kena maki hamun (sebab dorang ni jenis tak paham bahasa). 

Jalan terakhir untuk saya selesai kan masalah saya waktu tu, dan tak nak lagi ada gangguan berhantu tu semua, saya hubungi pihak AKPK dan tanya beberapa soalan bagaimana ingin join AKPK. Dan pihak AKPK suruh saya daftar akaun (customer portal online) untuk mengisi borang online yang ada dan menyediakan beberapa dokumen untuk di bawa sekali ke pejabat mereka. (Kena set appointment di dalam website tersebut).

Sampai masa appointment saya, saya bawa semua dokumen dokumen yang mereka minta dan tunggu turn untuk sesi kaunseling dengan pihak AKPK (dalam bilik kaunseling). Alhamdulillah permohonan saya lulus (yeeaahhh). Sebelum ni saya berhutang dengan pihak bank/credit hampir RM1,000 sebulan. Bila pihak AKPK mengira segala komitmen saya dan juga bayaran bulanan saya yang lain, saya cuma hanya bayar RM310 sebulan untuk dua tahun yang pertama (time ni memang terkejut). Rasa lega nya laa fuhhh. Dan sampai sekarang saya masih di bawah AKPK (huhuhu).

Kebaikan bila join AKPK ni, komitmen bulanan kita di rombak balik. Dan bayaran pun kurang dari sebelumnya. Bila dah join, segala collector yang call mesej dulu tuh dah tak ganggu kita lagi (rasa aman sangat) tapi bayaran kita dalam tempoh yang lama laa (pihak AKPK akan kira berapa tahun) haha.

Tapi keburukannya, ada yang kata tak boleh buat pinjaman yang lain bila nama dah di senaraikan di bawah AKPK. Rasanya tak perlu lagi nak buat pinjaman lain kan, sedangkan pinjaman yang ada pun dah tak mampu nak bayar, buat apa nak buat pinjaman yang lain hahaha (disiplin kan diri). Dan bila kita dah buat full settlement dengan pihak bank/credit semua hutang kita tuh, kita boleh buat pinjaman yang lain (apa yang saya tahu laa, tapi tak pasti benar atau tidak)  

Jadi, jangan takut untuk join AKPK. Pihak mereka banyak membantu kita dari segi kewangan bulanan kita. Dan waktu tu, kita pun ada simpanan walau tak banyak, sikit tu ada. Dari sebelum ni langsung tak de simpanan sebab semua habis bayar hutang hahaha. 


Comments

  1. Hai cik...ada cara tak untuk kita berhubung? sbb sy nk tnya berkenaan AKPK..

    ReplyDelete
  2. yeah.. sy dh cuba sbb xtahan gangguan bank.. klau ofis akpk xramai.. walk in je terus.. pegawai akan berunding dgn bank dan kite tggu dlm masa 2 minggu..

    ReplyDelete
  3. kenapalah saya baru tahu ttg AKPK ni....?setelah sy buat appointmen berlaku pula perintah kawalan pergerakan(PKP)..akhir bln april ni, loan saya dah tertunggak 4 bln....hrp2 slps tamat je PKP. ni, sy boleh berurusan dan buat bayaran pertama kpd AKPK.....

    ReplyDelete
  4. kalau koperasi bank Pertama ,akpk terima Tak

    ReplyDelete
  5. Bet365 Casino Review 2021 | Player Reviews & Ratings - Vie
    Read the 1xbet Bet365 Casino review developed by Viecasino and play all the available bet365 online slots, table games, live casino games 메리트카지노 and more at Viecasino.

    ReplyDelete

Post a Comment